Kembara Xi'an, China
Panduan dan Tip | Shenzhen | Guangzhou | Xi`an | Changzhou | Shanghai
![]() |
| Muzium Terracotta. |
HOTEL
![]() |
| Hotel ZTE, Xian. |
MASJID
Sepanjang di Xi`an, pernah solat di beberapa masjid sekitar Xi`an.
1. Masjid yang terletak di Kangle Rd, Xincheng, Xi`an. Aku solat Zohor di sini dan masjid ini merupakan tempat solat pertama aku selepas menjejak kaki di Xi`an. Bangunan masjid ni bersaiz 40 kaki lebar sahaja, tapi 3 tingkat. Ruang solat lelaki di tingkat 2 sementara perempuan di tingkat 3. Ruang wuduk dan tandas semuanya di tingkat 3. Koordinot Google Map : 34.271842, 108.078109
![]() |
![]() |
| Bangunan Masjid di Kangle Rd. | Ruang solat lelaki Masjid di Kangle Rd. |
2. Xi`an Great Masjid - Merupakan masjid terbesar di China. Ia dibina pada tahun 742 pada era Dinasti Tang dan pemulihan dan pembinaan semula dilakukan pada tahun 1384 iaitu pada era Dinasti Ming. Terletak di Shaanxi, Xi`an, Lianhu District. Cara imam masjid ini membaca ayat al-quran dalam solat secara berlagu. Sebutannya agak dalam dan kurang jelas untuk aku dengar sebab dialeknya sangat dalam. Malah bacaan khutbahnya juga secara berlagu. Untuk ke sinni, kereta tidak boleh masuk ke masjid ini, perlu meletakkan kereta berhampiran jalan utama dan berjalan kaki sekitar 500 meter melalui Muslim Food Street. Dalam kawasan masjid, terdapat banyak bangunan-bangunan bersejarah. Masjid ini mengekalkan ciri binaan lama dan menjadi salah satu destinasi pelancongan. Koordinot Google Map : 34.2634500, 108.9377970
![]() |
![]() |
| Xi`an Great Mosque. | Ruang solat Xi`an Great Mosque. |
3. Masjid Doxuexixian Xi`an - Majlis ini terletak berhampiran dengan Great Xi`an Mosque, malah dalam kawasan Mulism Food Street juga. Cuma ia di bahagian pintu barat. Masjid ini juga mempunyai bangunan lama dan bersejarah, masih kekal dalam kawasan masjid. Seni bina bangunan masjid lebih kurang sama dengan Great Mosque Xi`an, cuma saiznya lebih kecil. Namun, sebagai orang Malaysia, aku lebih suka solat di masjid ini. Kali pertama solat di sini, aku solat Jumaat. Bacaan dan sebutan imam lebih mirip dengan bacaan orang Malaysia, jadi boleh faham dan dengar lebih jelas bacaan ayat al-qurannya. Koordinat Google Map : 34.2636600, 108.9310830
![]() |
![]() |
| Masjid Doxuexixian | Salah satu bangunan lama yang terdapat dalam kawasan Masjid Doxuexiaxian. |
4. Masjid yang terletak di Xuquanzheng St., Xi`an. Ruang solat lelaki dan wanita terletak di tingkat 2 sementara untuk ambil wuduk di tingkat 1. Aku sempat singgah di sini untuk solat Zohor berjemaah dengan kawan-kawan selepas melawat Huaqing Palace.Lokasi masjid terletak sekitar 100 meter daripada jalan utama. Kalau naik skuter eletrik atau motor, boleh terus ke masjid, kalau naik kereta, kena hati-hati, jalan sempit dan muat untuk satu kereta sahaja. Kalau datang dengan bas, perlu berjalan kaki daripada jalan utama ke masjid. Koordinot Google Map : 34.3698340, 109.2083810
5. Masjid Hua Yin. Masjid ini tertelak di Taihua Rd, Bandar Hua Yin. Kalau daripada Pintu Barat Huashan (Gunung Huashan), lebih kurang 3.6km atau sekitar 11 minit sahaja untuk sampai ke masjid ini. Namun untuk ke masjid ini, pastikan melihat pintu pagar masjid ini, kerana masjid ini terletak di bahagian belakang bangunan dan mungkin tidak nampak daripada jalan utama.
Pengalaman menarik semasa aku singgah di masjid ini. Semasa ke masjid ini, aku dan pasukan daripada Malaysia baru turun daripada Huashan (Gunung Hua) untuk singgah solat jamak Asar dan Zohor. Sebelum itu pemandu pelancong, James telah menghubungi AJK yang menguruskan masjid ini untuk maklum kami nak singgah solat. Kebiasaannya masjid di China ditutup selepas Asar, jadi bila kami nak singgah, mereka tunggu kami dan menyambut kami. Alhamdulillah, beberapa orang AJK masjid siap menunggu dan menyambut ketibaan kami di pintu pagar dan menunjukkan arah untuk wuduk dan solat.
Usai solat, dijamu pula dengan secawan tea China dan kami berborak sebentar dengan bantuan pemandu pelancong kami. Kemudian AJK masjid mohon untuk bergambar bersama pasukan kami. Terharu pula bila nak berpisah kerana layanan mereka seolah-olah menyambut keluarga dari jauh. Koordinot Google Map : 34.5524970, 110.0896750
![]() |
![]() |
| Ruang solat masjid. | Pintu pagar masjid. |
![]() |
![]() |
| Di hadapan Masjid Hua Yin. | Minum tea China bersama AJK Masjid. |
Ke atas
RESTORAN DAN PRODUK HALAL
Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai restoran dan menjual produk halal yang pernah aku lawati:
1. Lanzou Beef Noodle (Berdekatan denga Xi`an ZTE Hotel) : Koordinat Google Map: 34.1855350, 108.8808130
2. Muslim Food Street, berdekatan dengan Xi`an Great Mosque. Selain kedai/restoran, banyak juga makanan halal dijual di sepanjang jalan. Tapi ada juga yang tidak halal. Boleh guna Metro Line 6 dan turun di stesen Guangjijie. Jarak dari setesen ke sini sekitar 100 meter. Koordinat Google Map : 34.2646170, 108.9316400
![]() |
![]() |
| Sekitar Muslim Food Street. | Jalan nak masuk ke Muslim Food Street. Terletak sekitar 50 meter daripada jalan utama. |
3. Kedai Runcit - Dekat Muslim Food Street ada menempatkan kedai runcit yang menjual banyak produk halal. Ada jual mee segera, biskut air, ais krim dan macam-macam. Dekat kawasan lain susah nak cari. Boleh pergi ke kedai seperti dalam gambar. Koordinat Google Map : 34.2648650, 108.9339210
![]() |
![]() |
| Papan tanda biru adalah kedai runcit yang menjual barangan halal. |
Kedai kek halal. |
![]() |
| Antara barangan akku beli di kedai kek halal. |
Ke atas
![]() |
| Restoran Laomai Family. |
Ke atas
DESTINASI TARIKAN
Bell Tower dan Drum Tower
![]() | |
| Bell Tower. | |
![]() |
![]() |
| Bergambar sempena sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2024. |
Drum Tower. |
Bell Tower dan Drum Tower merupakan dua destinasi yang popular dan harus dilawati kalau ke Xi`an. Bell Tower berada di tengah-tengah bulatan jalan raya dan biasanya orang datang ke sini untuk menyimpan kenangan bergambar berlatar belakangkan bangunan ini. Sementara Drum tower ini juga mempunyai seni bina yang unik dan menyimpan sejarahnya tersendiri. Drum tower boleh dilawati bahagian dalamnya dengan membeli tiket. Aku tak masuk, cuma bergambar di bahagian luar. Selepas penat bergambar di sini, terus boleh cari makananan halal kerana ia bersambung dengan Muslim Food Street. Aku ke sini semasa Hari Kebangsaan Malaysia, iaitu pada 31 Ogos 2024. Jadi aku dan pasukan bergambar dengan mengenakan pakaian Baju Melayu dan Batik sambil mengibarkan bendera Malaysia. Satu kenangan yang perlu disimpan. Untuk ke sini, boleh guna Metro Line 6 dan berhenti di stesyen Zhounglou. Keluar pintu E untuk sampai Bell Tower dan Drum Tower hanya berada sekitar 100 meter sahaja daripada Bell Tower. Koordinat Google Map Bell Tower : 34.25942468776815, 108.94698822594191 . Koordinat Google Map Drum Tower : 34.237738891021934, 108.94189790619912
Ke senarai Destinasi Tarikan.
National Cultural Industry Demonstration Area
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tempat ni antara destinasi menarik. Banyak bangunan-bangunan dibina dengan ciri-ciri bangunan China lama. Boleh melihat ramai orang mengenakan baju tradisional China dan melakukan sesi fotografi. Datanglah pada waktu malam kalau nak lihat panorama kawasan ini yang dilimpahi dengan cahaya bewarna-warni. Koordinot Google Map : 34.2069160, 108.9591820
![]() |
| Demonstration pertanian dalam kontena yang diubah suai. |
Yangling Intelligent Agricultural Demonstration Park atau nama sebenarnya Agricultural Technology Exchange and Traininng Center Base terletak di Yangling District, Xianyang, Shaanxi, Xi`an adalah pusat pertanian pintar yang menjadi pusat demonstration dan latihan kepada petani. Di sini boleh lihat bagaimana pertanian secara automation dilaksanakan. Boleh lihat bagaimana arm robot digunakan untuk mengalihkan anak pokok ke kotak semaian yang baru dan juga robot mengangkut anak pokok ini ke pelantar. Pusat ini juga merupakan pusat pertama yang melaksanakan pertanian secara vertical. Siraman air, baja, kawalan suhu, kelembapan persekitaran dan kelembapan tanah dalam rumah hijau dilaksanakan secara Internet of Thing. Pakai sensor untuk membaca data semasa kemudian siraman air, baja dan sebagainya akann dilaksanakan secara automatik. Masa di sini, staf bernama Yan Mei atau Mumu yang memberi taklimat kepada kami mengenai pusat ini. Koordinot Google Map : 34.2454980, 108.0173410
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Muzium Terrcotta
Muzium Terracotta, juga dikenali sebagai Muzium Tentera Terracotta, terletak di Lintong District, Xi’an, China. Ini merupakan destinasi yang wajib dilawati apabila berkunjung ke China, terutamanya di Xi`an.
![]() |
![]() |
| Patung Terracotta. | Patung Terracotta. |
![]() |
![]() |
| Patung Terracotta. | Kenangan dalam Muzium Terracotta. Belakang dari kiri : Liza, Zana, aku, Midi dan Dr. Kimi. Depan dari kiri : Shah, Dr. Thong dan Fitri |
Muzium ini terkenal dengan koleksi patung-patung terracotta yang menggambarkan tentera Qin Shi Huang, maharaja pertama China. Patung-patung ini dikebumikan bersama maharaja pada tahun 210–209 SM. Penemuan tentera terracotta ini bermula pada tahun 1974 apabila petani tempatan menemui serpihan patung ketika menggali perigi. Luangkan masa 4-6 jam jika hadir ke sini. Terdapat empat (4) bangunan muzium yang menyimpan sejarah mengenai tentera Terracotta ini. Jika melawat sekitar bulan Mei hingga ke September, pastikan bawa bersama payung dan kipas. Suhu sekitar 38 darjah celcius dan terasa seperti sekitar 42 darjah celcius.
Harga tiket sekitar RMB400. Lokasi Google Map : 34.3851500, 109.2754660
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Huaqing Palace
Satu lagi tempat yang boleh dimasukkan dalam destinasi bila berkungjung ke Xi`an adalah Huaqing Palace. Kalau peminat sejarah China, mesti suka berkungjun ke sini. Di sini juga ada lokasi tempat Chiang Kai Shek, iaitu salah seorang Pemimpin Parti Nasionalis China yang mengilhamkan revolusi China ditangkap sewaktu melarikan diri. Boleh naik ke bukit dalam Huaqing Palace untuk melihat sendiri lokasi penangkapan tersebut.Ada kereta elektrik disediakan untuk naik ke atas dan perlu menaiki anak tangga beberapa meter.
Huaqing Palace atau dikenali sebagai Huaqing Pool terkenal dengan sumber air panasnya yang digunakan sejak dahulu dan menjadi sejarah penting dalam Dinasti Tang. Di sini juga menyimpan cerita cinta antara Maharaja Xuanzong daripada Dinasti Tang dan gundiknya, Guifei.
Lokasi Huaqing Palace terletak di kaki gunung Li di Koordinat Google Map : 34.3649440, 109.2075570
Ke senarai Destinasi Tarikan.
City Wall
City Wall, Xian telah dibina oleh Zhu Yuanzhang, Maharaja pertama Dinasti Ming pada 1368-1644 dan diperbesar pada era Dinasti Tang, Ia merupakan antara warisan sejarah terlama di China.
Dengan panjang 14km mengelilingi bandar Xi`an, pengunjung boleh memilih untuk berjalan, berjoging atau berbasikal di atas tembok City Wall ini. Tembok boleh dinaik sama ada daripada pintu City Wall Barat, Selatan, Timur atau Utara. Terdapat empat (4) menara pemerhati di setiap penjuru City Wall.
Aku telah menaiki tembok ini pada 14 September 2024 (Sabtu) dan bermula di Pintu Selatan. Tiket masuk berharga CNY54 dan telah menyewa basikal dengan harga CNY45. Semasa menyewa basikal, perlu beri deposit berjumlah CNY100 yang mana baki deposit dikembalikan sejurus basikal dipulangkan. Menariknya, City Wall yang mengelilingi bandar Xi`an ini adalah berbentuk segiempat tepat.
![]() |
| Tiket masuk ke City Wall berharga RMB54 seorang. |
City wall boleh dijelajahi daripada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam dan bagi sewaan basikal antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.Banyak kedai cenderamata atas tembok City Wall ini, tandas dan kedai air pun banyak. Bawa payung atau pakai topi kalau datang sebelah siang kerana cuaca panas dan kering. Untuk catatan pengalaman aku dan kawan-kawan berbasikal di atas tembok ini, boleh baca di sini.
Aku ke sini daripada Stesen Metro Line 6, Zhangba 1 Lu ke stesen Zhonglou. Kemudian tukar ke Metro Line 2 dan berhenti di stesen Yongnimen. Keluar pintu D1 dan Pintu Selatan City Wall terletak sekitar 100 meter sahaja. Daripada Zhangba 1 Lu ke Yongnimen hanya CNY4.00 sehala. Koordinat Google Map : 34.251285, 108.947037
![]() |
![]() |
| Dari kiri: Kimi, Shah dan aku di hadapan pintu Selatan City Wall. |
Kami di hadapan bagunan atas City Wall di Pintu Selatan. |
![]() |
![]() |
| Pemandangan di atas City Wall | |
![]() |
![]() |
| Pemandangan di atas tembok City Wall. | |
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Giant Wild Goose Pagoda
Giant Wild Goose Pagoda atau Big Wild Googs Pagoda ini merupakan salah satu bangunan bersejarah di Xi`an dan China. Ia merupakan bangunan yang dibina pada era Dinasty Tang sekitar tahun 648. Bangunan ini merupakan bangunan yang disenaraikan dalam Banguan Warisan Dunia oleh UNESCO.
Semasa ke sini, ada persembahan air berirama dan merupakan tarikan kepada pelancong. Aku pergi waktu tengah hari. Dikatakan jika di sebelah malam lebih menarik dan cantik berikutan persembahan air berirama bersama lampu warna-warni. Dicadangkan datang sebelum pukul 9.00 malam untuk melihat persembahan air ini. Cara terbaik datang sini, guna bas atau metro. Kalau naik metro, gunakan Metro Line 3 dan berhenti di stesen Dayanta Zhan. Gunakan laluan pintu keluar C. Daripada pintu keluar ke dataran Pagoda ni hanya sekitar 30 meter sahaja. Di dataran inilah tempat air berirama dipersembahkan sementara bangunan Pagoda berada sekitar 100 meter di belakang dataran ini. Koordinat Google Map : 34.2238880, 108.9605170
![]() |
![]() |
| Bangunan Giant Wild Goose Pagoda | Panorama sekitar Giant Wild Goose Pagode |
![]() | |
| Di hadapan Pintu C Stesen Metro Line 4, Dayanta Zhan. Dari kiri : Aku, Shah, Wan Azuan dan Rizal. | |
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Huashan
![]() |
| Bergambar berlatar belakangkan banjaran yang menempatkan Huashan. |
Huashan atau Gunung Hua terletak di bandar Hua Yin, Wilayah Shaanxi, China. Ia berjarak sekitar 120km daripada timur Xi`an dan merupakan salah satu daya tarikan kepada pelancong yang datang ke Xi`an. Gunung ini mempunyai lima (5) puncak iaitu Selatan, Barat, Utara, Timur dan puncak Tengah. Puncak Selatan merupakan puncak tertinggi dengan ketinggian 2,154.9 km atau 7,070 kaki. Gunung ini mempunyai dua pintu masuk utama iaitu Pintu Utara dan Barat. Bagi yang suka dengan panorama gunung-ganang, Huashan menyajikan pengalaman yang menarik dengan bentuk muka buminya yang unik dan nilai sejarah di sebaliknya.
Pada 21 September 2024, berkesempatan ke sini melalui pintu Barat. Daripada pintu ini, perlu menaiki bas selama 45 minit untuk ke kaki gunung. Daripada pintu Barat, mengambil masa keseluruhan sekitar 3 jam untuk beratur masuk ke pintu masuk, beratur untuk menaiki bas dan beratur untuk ke stesen kereta kabel.
Daripada kaki gunung, pengunjung boleh menaiki kereta kabel yang menambil masa sekitar 30 minit untuk ke stesen Puncak Barat. Daripada sini boleh mengembara ke lima (5) puncak sama ada melalui Puncak Barat-Puncak Pertengahan-Puncak Utara-patah balik ke Puncak Pertengahan-Puncak Timur-Puncak Selatan-pulang ke Puncak Barat atau mengambil arah yang bertentangan.
Jika ingin menawan semua puncak, pastikan datang awal kerana ia mengambil masa sekitar 6 jam. Walau bagaimanapun kerana masa terhad, kami hanya menawan beberapa puncak sahaja. Sebahagian daripada kami menawan puncak Barat dan Pertengahan sementara sebahagian lain menawan puncak Barat dan Puncak Selatan. Kami bermula pada pukul 10.00 pagi daripada pusat pelanggan pintu Barat dan kembali semula pada pukul 5.15 petang. Untuk membeli tiket, pengunjung perlu mendapatkannya di bahagian luar sebelum sampai pintu Barat.
Harga tiket masuk termasuk bas daripada pusat pelanggan ke stesen kereta kabel : CNY180.00 seorang. Harga tiket kereta kabel ke stesen puncak : CNY150.00 seorang (2 hala)
Untuk makan dan minum, banyak dijual di setiap stesen dan puncak, cuma harganya agar mahal,mungkin dua(2) atau tiga (3) kali ganda daripada harga biasa. Bagi yang muslim, tiada makanan halal kecuali buah-buahan dan air mineral, jadi perlu bawa bekal sendiri kalau nak makan makanan yang lebih berat.
Koordinat Google Map : 34.5413430, 110.0935590
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Kedai Buku Tsutaya Xi`an
![]() |
| Pemandangan di luar kedai buku Tsutaya. Kedai buku terletak dalam bangunan Grand Hyatt. |
Semasa kunjungan, memang sangat ramai pembaca di dalam bangunan ini, malah ramai juga mengambil peluang bergambar dan merakam video berlatar belakangkan reka bentuk dalaman yang lawa. Cuma, mendapat perkhabaran bahawa kedai buku ini akan menghentikan perniagaan mereka pada 8 Oktober 2024 berdasarkan sumber daripada internet.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Keunikan reka bentuk dalaman Kedai Buku Tsutaya, Xi`an ini menjadi daya tarikan kepada pembaca tempatan dan pelancong luar. | ||
Kalau nak datang, boleh gunakan Metro Line 6 dan berhenti di stesen Zhangba 1 Lu dan keluar melalui pintu B. Kalau berjalan kaki daripada sini sekitar 10 minit. Kedai buku Tsutaya terletak di Jinye Rd, Yanta District, Xi`an. Koordinat Google Map : 34.1922260, 108.8812170 .
Tonton video kedai buku Tsutaya di sini
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Muzium Nature Shaanxi
Muzium Nature Shaanxi terletak di South Chang’an Road, Xi`an, Wilayah Shaanxi. Muzium ini terbahagi kepada empat (4) dewan pameran iaitu Dewan Nature, Teknologi, Fulldoom Theater dan kawasan pameran luar. Dalam kawasan Muzium ini juga terletak Menara TV. Semasa ke sini, kebanyakkan dewan pameran ditutup buat sementara waktu, hanya berpeluang masuk ke Dewan Pameran Nature.
Dalam Dewan Pameran Nature, penggunjung boleh melihat pelbagai pameran berkaitan jenis-jenis tanah dan galian di Wilayah Shaanxi, alam serangga, pameran sumber tenaga, dan alam hidupan haiwan di pelbagai sudut dunia. Pameran haiwan ini ada menggambarkan kehidupan haiwan langka pada zaman dahulu.
Malah terdapat juga laluan dalam dewan ini seperti seperti terowong perlombongan arang batu. Selain itu, terdapat juga pameran dinosour yang mana kami dimaklumkan oleh petugas muzium yang memberi taklimat, hampir keseluruhan pameran dinousor menggunakan fosil asli manakala sebahagiannya adalah menggunakan bahan tiruan bagi melengkapkan badan dinousor.
Kalau menggunakan Metro, boleh ambil line 2 dah berhenti di stesen TV Tower untuk datang ke sini. Keluar menggunakan pintu B dan terus boleh melihat kaunter tiket. Harga masuk ke muzium ini adalah CNY30.00. Kooridnat Google Map : 34.1987300, 108.9425500
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Muzium Universiti Xidian
Muzium ini terketak dalam Universiti Xidian. Berkesempatan melawat muzium ini semasa berada di Universiti Xidian. Muzium ini mempamerkan maklumat dan peralatan komunikasi. Boleh lihat banyak alat komunikasi lama seperti peralatan komunikasi morse code, mesin taip, komputer lama, sebahagian telefon bimbit era 1G hingga 5G dan pelbagai maklumat telekomunikasi China.
![]() |
![]() |
| Muzium Universiiy Xidian | Sebahagian alat komunikasi lama. |
![]() |
![]() |
| Sebahagian mesin taip. | Model satelite bumi besar. |
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Pusat Jualan Elektronik
Jika ingin mencari barang elektronik seperti komputer, printer telefon pintar, jam tangan bestari, robot kecil, power bank, kipas mini, bateri dan pelbagai lagi, boleh cuba ke beberapa lokasi. Antara tempat yang aku pergi termasuklah:
(a) West Electronic Market.
Aku ke sini menaiki bas. Dari hotel aku ke tempat ini, aku guna bas no. 6. Bayaran RMB1 sahaja dan turun di perhentian bas di jalan Shangxue Rd atau koordinat Google Map : 34.2185890, 108.081110. Daripada perhentian bas ini, berjalan kaki sekitar 200 meter sahaja ke bangunan pasaraya elektronik ini. Pasaraya ada empat tingkat. Koordinat Googel Map bangunan pasaraya ini : 34.2177420, 108.9088280
(b) University Science and Technology Elektronic mall.
Seterusnya akku ke pasaran elektronik yang terletak dalam bangunan Universiti Sains dan Teknologi di Jianshe Rd. Aku ke sini menggunakan Metro Line 4 dan berhenti di stesen Kejidaxue Zhan. Kemudian keluar guna pintu A dan bangunan ini terletak sekitar 50 meter sahaja. Selain bangunan ini, seberang jalan juga terdapat lagi pasaraya elektronik, tetapi saiz ruang lebih kecil daripada bangunan ini. Koordinat Google Map : 34.236438, 108.959114
![]() |
![]() |
| University Science and Technology Electronic Mall. | |
Kalau di Malaysia, pusat-pusat elektronik ini seumpama Pusat Digital Mara dan Plaze Low Yat di Kuala Lumpur. Tetapi pusat elektronik di sini tidak semeriah seperti di Shenzhen yang sentiasa ramai orang. Di sini, pusat elektronik ini agar tidak ramai orang walaupun aku pergi pada pagi Sabtu. Tidak pasti jika mendapat sambutan sebelah petang.
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Ke atas











































































Ulasan
Catat Ulasan