Catatan

Kembara Changzhou, China

Imej
SIRI KEMBARA CHINA Panduan dan Tip | Shenzhen | Guangzhou | Xi'an | Shanghai | Nanjing | Changzhou Bangunan ikonik Changzhou berhadapan dengan Hotel Sheraton. Changzhou merupakan bandar yang terletak dalam wilayah Jiangsu, di bahagian Timur China. Pertama kali jejak kaki di sini iaitu pada 17 Oktober 2024 (Khamis). Sampai sini dalam pukul 11.00 pagi dengan bas daripada Nanjing. Lebih kurang dua (2) juga perjalanan tanpa henti. Aku kat sini hanya bermalam satu hari sahaja dan pada Jumaat, 18 Oktober 2024 (Jumaat), pukul 12.30 tengah hari dan daftar keluar daripada hotel untuk ke destinasi lain. Datang ke sini sebab ada lawatan industri ke Wanbang Digital Energy Co. Ltd, iaitu sebuah syarikat gergasi no. 1 di China yang menghasilkan terminal pengecas untuk kereta elektronik di seluruh dunia. Tapi sambil-sambil tu, ada masa sempat juga melawat ke tempat-tempat menarik di sini. Aku kongsikan hotel, restoran halal dan detinasi yang aku sempat lawat ...

Keretapi Laju China : Satu Pengalaman

Imej
Gambar kenangan keretapi laju China. 27 September 2024 (Jumaat) - Aku telah berpeluang menikmati keseronokan menaiki keretapi laju bagi perjalanan dari bandar Xi`an di Wilayah Shaanxi ke bandar Nanjing di wilayah Jiangsu, China. Aku bertolak dari Stesen Keretapi Selatan Xi`an. Aku dapat tempat duduk bernombor 12C di gerabak nombor 2. Namun begitu, nombor 2 ini dikira daripada belakang. Yang bestanya, bila keretapi berhenti, sempatlah bergambar di hadapan kepala keretapi kerana berada lebih dekat berbanding gerabak yang di tengah. Perjalanan ini mengambil masa selama 5 jam 30 minit untuk tiba di stesen destinasi iaitu Stesen Keretapi Nanjing Selatan. Walaupun laju, tapi tidak rasa bergegar dan selesa. Cuma bila berselisih dengan keretapi laju dari arah bertentangan, baru terasa gegar kerana tolakan angin. Sebab dua-dua arah pun laju, jadi masa berselisih pun sekitar 1 atau 2 saat sahaja. Namun begitu, keretapi ini bukanlah keretapi terlaju di C...

Berbasikal di China - Satu Pengalaman

Imej
Aku pertama kali sampai di China dan secara sepesifiknya di Yuehai Subdistrict, Nanshan District, Shenzhen, Guangdong. Di sini aku menginap di Shenzhen, Lia Charlton Hotel. Berikutan lama tinggal di sini, aku menyewa basikal di sini sebagai aktiviti riadah dan pengangkutan jarak dekat. Aku kongsikan pengalaman berbasikal di sini. Sewa Basikal dan Cara Guna Kalau datang China, pastikan telah muat turun apps Alipay. Di sini semua bayar tanpa tunai. Nak sewa basikal pun kena guna Alipay. 1. Buka apps Alipay. 2. Pilih HelloRide (Kalau tak nampak, tekan more). 3. Tekan scan/sweep. 4. Scan QR pada basikal. (untuk kaedah ini, scan pada basikal warna biru). 5. Tunggu basikal tu unlock . Basikal akan mengeluarkan suara.Nanti dalam Alipay akan keluar peta location di mana basikal itu disewa. 6. Dah boleh naik.Sila kembara ke mana yang hendak dipergi. 7. Lepas dah berbasikal, boleh letak kat kawasan letak basikal di mana-mana sahaja. Pastikan let...

Kembara Xi'an, China

Imej
SIRI KEMBARA CHINA Panduan dan Tip | Shenzhen | Guangzhou | Xi`an | Changzhou | Shanghai Muzium Terracotta. 19 Ogos 2024, 2.40 petang - Mendarat di Xi'an Xianyang International Airport dengan South China Airport (seat 80A). Dapat lihat pemandangan sekitar Xi'an yang penuh dengan banjaran. Panorama gunung-ganang dilihat dalam penerbangan. Bergerak ke hotel menaiki bas. Berada di Xi`an selama 39 hari iaitu sehingga 27 September 2024. Sepanjang berada di sini, berpeluang melawati beberapa tempat menarik dan menimba beberapa pengalaman. Hotel | Masjid | Restoran dan Produk Halal | Destinasi Tarikan HOTEL Hotel ZTE, Xian. Aku disediakan penginapan di Hotel ZTE Xi'an dan duduk di bilik 920. Pemandangan daripada bilik ini biasa sahaja, boleh nampak bangunan-bangunan di hadapan hotel. Sebelah hotel ini ada pasaraya, jadi senanglah untuk beli barang keperluan runcit seperti sabun, buah, air dan lain-lain...