Kembara di Guangzhou
Panduan dan Tip | Shenzhen | Guangzhou | Xi`an | Changzhou | Shanghai |
![]() |
| Panorama malam di Menara Canton, iaitu Menara di Guangzhou yang menjadi salah satu daya tarikan pengunjung. |
HOTEL
![]() |
| Makan malam di tepi tingkap hotel sambil melihat Menara Guangzhou. |
Ke atas
DESTINASI TARIKAN
Pusat Fesyen APM dan Sekitar
Pusat membeli belas fesyen ini merupakan syurga bagi wanita. Di sini banyak gila pakaian wanita. Pakaian lelaki ada juga, tapi tidak banyak. Kalau diletak dalam peratus, 99.9 peratus adalah pakaian wanita. Lawa-lawa baju di sini dan pelbagai fesyen. Kalau bawa isteri, rasanya tiga (3) hari pun tak cukup pusing-pusing di sini. Disebabkan aku lelaki, satu hari dah cukup, hehehe. Boleh gunakan metro dan berhenti di Stesen Cultural Park jika nak datang ke sini. Koordinot Google Map : 23.1447710, 113.253.970
![]() |
![]() |
| Sekitar ruang dalam APM. | Bahagian ini terletak di bawah jalan raya di sekitar bangunan APM. |
![]() |
![]() |
| Sun Yat-Sen Hall | Dalam Hall Sun Yat-Sen Hall. Dari kiri : Midi, Azuan, Shah dan aku. |
Sun Yat-Seng Memorial Hall
Harga tiket : RMB10. Gunakan metro dan berhenti di Sun Yat-Sen Memorial Park. Daripada sini, kalau berjalan kaki sekitar 5 hingga 10 minit ke Sun Yat-Sen Memorial Hall. Koordinot Google Map : 23.1354310, 113.2592460
People Park
![]() |
![]() |
People Park ni adalah sebuah taman rekreasi di sini. Kalau nak joging, main badminton outdoor, nak jalan-jalan, boleh datang ke sini. Untuk bergambar pun ok di sini. Aku melalui People Park ni sewaktu berjalan kaki daripada hotel nak pergi beli makan malam di restoran halal berhadapan dengan Masjid Huaisheng.Jarak dari hotel ke People Park ni lebih kurang 2km. Taman ini terletak di Gongshankou, Yexiu District, Guangzhou. Koordinot Google Map : 23.1291590, 113.2592690
Cultural Park
Cultural Park merupakan satu lagi taman tarikan. Aku tak sempat masuk ronda dalam ni, tapi melaluinya sewaktu pergi ke Electronik and Digital City daripada stesen Metro Cultral Park. Kalau keluar stesen Metro Cultural Park, taman ini teletak di sebelah kiri sejuruh keluar daripada stesen metro tersebut. Ia terletak di Sayuanli, Liwan District, Guangzhou. Boleh cari Stesen Metro Cultural Park melalui Koordinot Google Map : 23.1112740, 113.2445440
Electronik dan Digital City
![]() |
| Pasaraya Electronik New Asia. |
Yong Qing Fang
![]() |
![]() |
| Sebahagian jalan di Yong Qing Fang. | Rumah asal Bruce Lee menjadi salah satu tarikan di Yong Qing Fang. |
![]() |
![]() |
| Panorama sungai yang ada di Yong Qing Fang. | Sebahagian kawasan yang terdapat d Yong Qing Fang. |
![]() |
| Bergambar di hadapan jalan masuk yang boleh ke rumah Bruce Lee |
Canton Tower (Menara Guangzhou)
Canton Tower merupakan mercu tanah Guangzhou. Ia adalah menara televisyen Guanzhou. Kalau datang Guangzhou, mestilah kena datang sini. Datang waktu malam kalau nak tengok lampu bewarna-warni. Masa aku datang, pada hari Jumaat, pukul 9.00 malam ada pertunjunkkan air dengan irama bewarna-warni. Memang lawa sangatlah kalau nak kekalkan memori dalam gambar dan video. Bukan itu sahaja, berhadapan dengan menara ini juga terletak bandar Guangzhou yang turut dilimpahi cahaya bewarna-warni. Jadi sekitar menara Canton boleh dicakap penuh dengan limpahan lampu warna-warni. Cari sahaja sudut menari untuk bergambar. Kat sini juga ramai yang menjual cenderamata Menara Canton yang mempunyai lampu L.E.D. kat tepi-tepi jalan. Sepanjang berjalan kat menara ni, senang menjumpai penjual-penjual cenderamata ini. Aku tak beli, tapi tak silap harga sekitar RMB40 satu unit. Menara ini teletak di Yuejiang W Rd, Guanzhou. Koordinat Google Map :23.122888, 113.258506
![]() |
![]() |
| Menara Canton. | Bandar Guangzhou yang berhadapan dengan Menara Canton. |
![]() |
![]() |
| Cubaan mencabut Menara Canton. Hehehe. | Dari kiri : Aku, Dr. Kimi, Shah, Wan Azuan dan Midi. |
Goadi Street
![]() |
Goadi Street ni macam ala-ala di Chow Kit, Kuala Lumpur. Di sini mereka menjual macam-macam benda. Ada barang elektronik, hardware, barang-barang lama dan macam-macam. Bolehlah berjalan di sini kalau ada masa. Tempat ni tidak jauh daripada People Park. Kalau daripada hotel yang aku duduk di Double Tree by Hilton, Guangzhou, dalam 2.5km. Aku berjalan kaki lalu tempat ini semasa berjalan kaki pergi membeli makan malam daripada hotel ke kawasan Masjid Huaisheng. Guadi Street terletak di Jiefang Middel Rd, Yuexiu District. Koordinat Google Map : 23.1222640, 113.2628860
Beijing Road
Beijing Road adalah salah satu lagi tarikan utama di Guanzhou. Di sini kalau datang waktu malam, penuh dengan limpahan cahaya sebab semua kedai-kedai di sini memasang lampu yang bewarna-warni. Untuk bergambar memang lawa. Di sini banyak kedai-kedai makan. Tapi tak jumpa kedai halal. Jadi kami berjalan sahaja menikmati pemandangan. Ada juga kedai-kedai cenderamata. Sewaktu kami ke sini, kami membawa bekal nasi lemak bungkus yang dibawa daripada Malaysia oleh ahli pasukan kami yang baru tiba di Guanzhou. Oleh kerana tiada tempat untuk makan, jadi kami makan nasi lemak dalam McDonald di kawasan ini, hehehehe. Kami datang dengan bas, tapi balik hotel jalan kaki. Daripada sini ke Hotel Double Tree by Hilton lebih kurang 25 minit. Lokasi Google Map : 23.1264280, 113.2635040
![]() |
| Pemandangan Guangzhou daripada tingkat 62 Menara China Telecom |
China Telecom merupakan menara syarikat teleokomunikasi di China. Merupakan antara syarikat telekomunikasi terbesar di China dan memainkan peranan penting di dunia dalam sambungan jaringan cable internet termasuk sambungan kabel bawah laut. Tempat ini bukan kawasan public dan tidak boleh dilawati. Tapi aku letak juga kat sini sebab berpeluang melakukan lawatan industri kat sini. Menara ini ada 62 tingkat dan aku kongsikan gambar yang aku ambil dari menara 62 ini. Menara terletak di Xinglin Rd, Yuexiu District. Koordinat Google Map : 23.1265140, 113.2901300
Ke atas
RESTORAN DAN KEDAI HALAL
Sepanjang enam (6) hari di Guanzhou, aku sempat singgah makan di dua (2) buah kedai makanan halal. Lain-lain aku masak kat bilik hotel.
1. Restoran Pandan Indonesian - Boleh makan macam berada di Malaysia di sini. Ada sambal belacan juga kat sini. Restoran ni berada di tingkat 4, China Plaza. Terletak di Sanyuanli, Yue Xiu Qu, Guangzhou. Jarak daripada hotel Double Tree by Hilton lebih kurang 3km kalau jalan kaki. Koordinat Google Map : 23.125843, 113.282661
![]() |
![]() |
| Restauran Pandan Indonesian. | Makan malam kami pada hari pertama di Guangzhou. |
2. Restoran halal kedua adalah berhadapan dengan Masjid Huaisheng. Koordinat Google Map : 23.122758, 113.258459
![]() |
| Papan tanda hijau adalah kedai runcit halal sementara papan tanda merah adalah restaurant halal. Kedua-dua kedai ini terletak betul-betul berhadapan pintu utama Masjid Huaisheng. |
3. Kalau nak cari kedai runcit yang menjual makan halal, boleh lihat di kedai sebelah restoran halal yang berhadapan dengan Masjid Huaisheng (papan tanda hijau dalam gambar di atas). Kat ini ada jual daging, Mee goreng segera jenama Indo Mee, ada kicap, sos, kekacang dan macam-macam. Artis Malaysia pernah datang ke kedai ini ialah Shiela Hamzah. Tuan kedai ada letak di dinding frame gambar Sheila Hamzah semasa lawatan ke sini. Kat sini, aku beli Mee goreng segera Indo Mee dan biskut Hup Seng serta biskut coklat buat bekalan di hotel.
4. Lanzhou Beef Noodle - Kedai ini terletak di kawasan Electronic and Digital City, Xidier Rd, Liwan District, Guangzhou. Makan nasi goreng telur di sini. Semasa di sini, sempat tumpang solat Zohor. Pekerja kedai maklum kat kawasan ini tiada masjid atau surau. Pekerja kedai tunjuk tempat solat terbuka di tepi ruang parking bersebelahan kedai ini. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk solat di sini. Koordinat Google Map : 23.1110490, 113.2470390
![]() |
![]() |
| Restoran Lanzhou Beef Noodle | Di sinilah tempat aku tumpang solat Zohor sewaktu singgah makan tengah hari di restoran Beef Noodle. Sejadah dipinjam daripada restoran Lanzhou Beef Noodle. |
Ke atas
MASJID
Di Guangzhou, aku sempat solat di dua (2) masjid iaitu :
1. Masjid Huaisheng - Masjid ini merupakan sebuah masjid bersejarah. Ia berusia lebih daripada 1,300 tahun. Kali pertama di sini, aku solat zohor bersama kawan-kawan. Tengah-tengah sembahyang, kedengaran azan Zohor. Kami teruskan juga solat kerana kami menggunakan waktu masuk solat mengikut kedudukan matahari. Di sini, mereka solat lebih lewat daripada waktu masuk waktu dan waktu untuk solat Zohor berjemaah sekitar pukul 1.30 tengahari kerana menggunakan mazhab yang berbeza. Masjid terletak di Guangta Rd. Koordinat Google Map : 23.1253810, 113.2536230
![]() |
![]() |
| Masjid Huaisheng | Pintu masuk utama Masjid Huaisheng daripada jalan raya. |
![]() |
![]() |
| Bergambar di ruang solat. Yang baju hitam berseluar kelabu kat belakang tu kawan aku, Shahrizal |
Gambar di hadapan pintu utama Masjid Huaisheng. Dari kiri : Wan Azuan, Steven, Dr.Thong, aku,Rizal dan Shah. |
![]() |
| Bahagian luar belakang Masjid Saad bin Abi Waqaf. |
Ke atas

































Ulasan
Catat Ulasan