Kembara Changzhou, China

SIRI KEMBARA CHINA
Panduan dan Tip | Shenzhen | Guangzhou | Xi'an | Shanghai | Nanjing | Changzhou

Bangunan ikonik Changzhou
berhadapan dengan Hotel
Sheraton.
Changzhou merupakan bandar yang terletak dalam wilayah Jiangsu, di bahagian Timur China. Pertama kali jejak kaki di sini iaitu pada 17 Oktober 2024 (Khamis). Sampai sini dalam pukul 11.00 pagi dengan bas daripada Nanjing. Lebih kurang dua (2) juga perjalanan tanpa henti. Aku kat sini hanya bermalam satu hari sahaja dan pada Jumaat, 18 Oktober 2024 (Jumaat), pukul 12.30 tengah hari dan daftar keluar daripada hotel untuk ke destinasi lain.

Datang ke sini sebab ada lawatan industri ke Wanbang Digital Energy Co. Ltd, iaitu sebuah syarikat gergasi no. 1 di China yang menghasilkan terminal pengecas untuk kereta elektronik di seluruh dunia. Tapi sambil-sambil tu, ada masa sempat juga melawat ke tempat-tempat menarik di sini.

Aku kongsikan hotel, restoran halal dan detinasi yang aku sempat lawat di Changzhou.

Hotel | | Restoran Halal | Destinasi Tarikan



HOTEL

Aku disediakan penginapan di hotel Sheraton Changzhou. Ini memang hotel mewah, selesalah orang cakap, bilik pun besar. Aku tinggal di tingkat lapan (8), bilik nombor 823. Pemandangan daripada bilik ini biasa sahaja. Kalau sesiapa tinggal di hotel ini, cuba minta bilik bahagian berlawanan kerana akan dapat pemandangan bangunan-bangunan ikonik Changzhou, dan kalau malam memang lawa dengan sinaran lampu yang dipasang pada bangunan-bangunan.

Koordinat Google Map : 31.8181970, 119.9643020

Hotel Sheraton Changzhou. Pemandangan luar bilik 823.

Ke atas


RESTORAN HALAL

Sepangjang di Changzhou, sempat makan di dua (2) restoran halal.

1. Restoran Lanzhou yang berada sekitar 100 meter sahaja daripada hotel Sheraton Changzhou. Kat sini aku makan nasi berlauk ayam berharga CNY25.00. Koordinat Google Map : 31.8181130, 119.9613030

2. Silumuyu Langzhou Beef Noode, tempat makan restoran halal kedua di Changzhou. Restoran ni cuma di belakang hotel Sheraton Changzhou sahaja, jalan kaki dalam 100 meter juga lebih kurang. Kat sini aku makan mi goreng, harga dalam CNY25.00. Kedudukan restoran ni menarik sebab berada lokasi tarikan juga, banyak jual cenderamata, restoran dan ada mini funfair. Ada juga pasaraya Wakanda di lokasi yang sama. Koordinat Google Map : 31.819381, 119.963897

Restoran Langzhou. Simuluyu Langzhou Beef Noodle

Ke atas



DESTINASI TARIKAN

Sepanjang berada di Nanjing, berkesempatan melawat ke dua (2) destinasi menarik:

Qingqquoxiang | Hongmei Park

Qingguoxiang

Qingguoxiang merupakan salah satu tempat yang perlu dilawati apabila berada di Changzhou. Ini lokasi pelancongan pertama aku lawati di Changzhou. Tempatnya macam Jongker Street kat Melaka, Malaysia. Aku pergi pada sebelah malam 17 Oktober 2024 (Khamis). Masa ni tak ramai orang sangat, cuma kalau nak dibandingkan dengan Jongker Street di Melaka, lebih meriah di Jongker Street. Di sini banyak restoran, kedai cenderamata juga ada cuma taklah banyak sangat. Kat sini biasa tempat untuk bergambar sebab hampir semua tempat ini dibangunkan dengan bangunan-bangunan dengan seni bina lama, terutamat bahagian bumbung. Kalau nak ronda-ronda kat sini, luangkan masa sekitar 1 jam 30 minit lebih kurang kerana banyak juga tempat boleh bergambar untuk disimpan sebagai kenanangan. Nak ronda kat sini percuma sahaja.

Selain itu, ada juga sungai dan pelancong boleh naik bot menyusuri sungai. Tapi tak silap kalau malam, perkhidmatan menyusuri sungai tutup sekitar 9.00 malam sahaja. Masa berada di sini, hanya sempat lihat bot menyusuri sungai sahaja, tak sempat berpengalaman menyusuri sungai sendiri. Dari segi bayaran naik bot, aku tak pasti tapi pasti ada bayaran. Koordinat Google Map : 31.7738910, 119.9574580

Sekitar Sungai Qinhuai

Ke senarai Destinasi Tarikan.

Hongmei Park

Hongmei Park atau dikenali juga sebagai Red Plum Park dalam kalangan pelancongan antarabangsa merupakan tamat yang menempatkan bangunan Pagoda tertinggi di Changzhou. Aku sampai ke sini pada 18 Oktober 2024 (Jumaat), sekitar pukul 9.30 pagi. Jarak perjalanan menaiki bas daripada hotel sekitar satu (1) jam. Masuk ke sini adalah percuma.

Kat sini ada sungai dan pokok yang menjadi tarikan. Kalau nak bergambar taman ini memang sesuai untuk disimpan sebagai kenanangan. Semasa datang ke sini, boleh lihat beberapa aktivit penduduk tempatan. Selain berjoging, ada yang menjalankan aktiviti senaman ringan beramai-ramai. Ada yang juga yang mempersembahnakan lagu tradisional China dengan lenggok nada yang mengasyikkan. Tarikan utama di sini adalah bangunan Pagoda. Ada dua Pagoda di sini, satu bersaiz kecil berada di tenga-tengah taman, dan satu lagi yang besar di bahagian tepi taman. Ramai juga pelancong melawat bangunan Pagoda ini.

Bangunan pagoda ini merupakan kuil. Aku berjalan dan bergambar di sekitar pagoda dan tidak memasuki bangunan tersebut. Jadi tak pasti ada apa di bahagian dalam selain berhala besar yang boleh nampak daripada luar bangunan. Koordinat Google Map : 31.7766170, 119.9683450

Hongmei Park

Ke senarai Destinasi Tarikan.

Ke atas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara ke China : Sebuah Catatan dan Panduan

Kembara Xi'an, China