Keretapi Laju China : Satu Pengalaman
Gambar kenangan keretapi laju China. 27 September 2024 (Jumaat) - Aku telah berpeluang menikmati keseronokan menaiki keretapi laju bagi perjalanan dari bandar Xi`an di Wilayah Shaanxi ke bandar Nanjing di wilayah Jiangsu, China. Aku bertolak dari Stesen Keretapi Selatan Xi`an. Aku dapat tempat duduk bernombor 12C di gerabak nombor 2. Namun begitu, nombor 2 ini dikira daripada belakang. Yang bestanya, bila keretapi berhenti, sempatlah bergambar di hadapan kepala keretapi kerana berada lebih dekat berbanding gerabak yang di tengah. Perjalanan ini mengambil masa selama 5 jam 30 minit untuk tiba di stesen destinasi iaitu Stesen Keretapi Nanjing Selatan. Walaupun laju, tapi tidak rasa bergegar dan selesa. Cuma bila berselisih dengan keretapi laju dari arah bertentangan, baru terasa gegar kerana tolakan angin. Sebab dua-dua arah pun laju, jadi masa berselisih pun sekitar 1 atau 2 saat sahaja. Namun begitu, keretapi ini bukanlah keretapi terlaju di C...