Kembara di Guangzhou
SIRI KEMBARA CHINA Panduan dan Tip | Shenzhen | Guangzhou | Xi`an | Changzhou | Shanghai | Panorama malam di Menara Canton, iaitu Menara di Guangzhou yang menjadi salah satu daya tarikan pengunjung. Aku ke Guanzhou untuk lawatan industri ke dua syarikat dan menginap di sini selama 6 hari, 5 malam. Datang ke sini dengan bas daripada Shenzhen dan perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam. Hujan sepanjang jalan semasa masuk di Guangzhou. Jalan raya di Guangzhou agak sesak, kalau di Malaysia, boleh diibaratkan macam kawasan sekitar Chowkit, Kuala Lumpur. Sempat melawat beberapa tempat menarik di sini. Aku senaraikan destinasi menarik yang aku sampai di bawah untuk panduan. Hotel | Destinasi Tarikan | Restoran dan Kedai Halal | Masjid HOTEL Makan malam di tepi tingkap hotel sambil melihat Menara Guangzhou. Aku menginap di Hotel Double Tree (by Hilton) Guanzhou. Hotel terletak dalam daerah Yuexiu. Daftar masuk hotel sekitar 4.30 petang dan menginap di bi...