Berbasikal di China - Satu Pengalaman

Aku pertama kali sampai di China dan secara sepesifiknya di Yuehai Subdistrict,
Nanshan District, Shenzhen, Guangdong. Di sini aku menginap di Shenzhen, Lia
Charlton Hotel. Berikutan lama tinggal di sini, aku menyewa basikal di sini
sebagai aktiviti riadah dan pengangkutan jarak dekat. Aku kongsikan pengalaman
berbasikal di sini.
Nota:
Anggaran kadar sewa dalam RMB3 untuk 15 minit.
Buka bluetooth untuk mempercepatkan proses lock dan unlock basikal.
Kalau tinggal lama, sewa sahaja basikal untuk sebulan. Murah, dalam RMB16 untuk tempoh 30 hari. Setiap kali guna, maksimum 150 minit adalah percuma. Kalau guna lebih baru dicaj.
Masa ini aku kat atas jejambat nak menuju ke Menara Ibu Pejabat China Resources
(Menara tajam di bahagian atas dalam gambar).
Gunakan laluan basikal/pejalan kaki. Jangan guna jalan raya. Boleh lintas jalan raya di persimpangan. Di laluan basikal ini, hati-hati sebab pejalan kaki dan motorsikal elektrik (e-bike) juga menggunakan laluan yang sama. Kalau naik jejambat, memang ada disediakan ram untuk naik. Kalau larat boleh kayuh naik, atau tolak sahaja. Satu lagi, kat sini kalau dengar bunyi hon/loceng basikal atau e-bike tu perkara biasa. Bunyi hon tu maksudnya penunggang memberi maklum kepada pejalan kaki atau penggunaan laluan yang lain. Jadi kena biasakan bunyi hon bila datang China.
Kereta juga ada parking kat tepi-tepi laluan ini. Berberapa kali juga bawa basikal di sini. Cuma ada satu pengalaman yang mana bila aku nak park basikal, aplikasi tak dapat kunci basikal tu. Pengalaman pertama. Untuk elak takut-takut terus dipotong baki duit, aku buat laporan melalui sistem juga. Lama juga duk dekat basikal sebab isu ini. Basikal di Xi`an tak seperti di Shenzhen atau Guangzhou, kat sini kuncinya lebih konvensional. Cara terakhir nak kunci, tolak kunci tu secara manual.
Berbasikal di atas tembok City Wall, Xi`an
Aku, Shah dan Dr. Kimi naik ke tembok City Wall pada 14 September 2024 (Sabtu). Kami gunakan pintu Yongnimen Selatan sebab berdekatan dengan Stesen Metro Line 2, Yongnimen. Keluar je pintu stesen di D1, terus boleh nampak Pintu Selatan City Wall yang berada sekitar 100 meter sahaja di hadapan. Pintu ini terletak di bahagian luar tembok City Wall.
Tiket masuk : CNY54 seorang.
Sewa basikal : CNY45 seorang. Deposit CNY100, tapi kami bertiga dikira RMB235.Baki deposit dikembalikan selepas basikal dipulangkan.
Kami guna Alipay untuk bayaran tiket dan sewa basikal.
Kami naik ke tembok ni sekitar 8.45 pagi dan mula kayuhan basikal sekitar 9.15 pagi. Daripada tangga naik tembok City Wall, tempat untuk sewa basikal ni terletak lebih kurang 200 meter sama ada di belah kiri ataupun kanan. Kami menggunakan basikal sewa di sebelah kanan. Basikal di sini tidak boleh dilaras tinggi tempat duduk, jadi kena pilih basikal yang sesuai dengan ketinggian masing-masing. Kalau ikutkan, kami semua nak ambil basikal warna putih agar lebih menarik kelihatan dalam gambar, tapi akhirnya aku seorang sahaja yang pakai warna putih.
Jarak tembok ini adalah sepanjang 14KM. Tembok ini mengelilingi bandar Xi`an dan berbentuk segi empat tepat.Daripada atas tembok ini boleh melihat panaroma moden di luar City Wall dan pemandangan bandar lama pada bahagian dalam City Wall. Antara yang banyak boleh dilihat adalah seni bina atap atau bumbung bangunan dalam City Wall yang mengekalkan ciri-ciri seni bina China. Sepanjang kayuhan memang kelihatan banyak pemandangan menarik di kedua-dua belah City Wall. Banyak juga tempat kami berhenti untuk bergambar selain beli air dan menggunakan tandas. Kami mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk mengelilingi tembok ini. Kami kembalikan basikal ini di tempat sewa basikal di sebelah kiri pintu Selatan. Untuk bayaran deposit sewa basikal ini telah menggunakan duit Dr. Kimi. Untuk catatan tempat menarik di City Wall juga boleh dibaca di sini.
Ke atas
Sewa Basikal dan Cara Guna
Kalau datang China, pastikan telah muat turun apps Alipay. Di sini semua bayar tanpa tunai. Nak sewa basikal pun kena guna Alipay.| 1. | Buka apps Alipay. |
| 2. | Pilih HelloRide (Kalau tak nampak, tekan more). |
| 3. | Tekan scan/sweep. |
| 4. | Scan QR pada basikal. (untuk kaedah ini, scan pada basikal warna biru). |
| 5. | Tunggu basikal tu unlock. Basikal akan mengeluarkan suara.Nanti dalam Alipay akan keluar peta location di mana basikal itu disewa. |
| 6. | Dah boleh naik.Sila kembara ke mana yang hendak dipergi. |
| 7. | Lepas dah berbasikal, boleh letak kat kawasan letak basikal di mana-mana sahaja. Pastikan letak dalam kawasan letak basikal ya. |
| 8. | Buka balik Alipay (ikut langkah 1 dan 2). Tunggu sekejap hingga Alipay keluar location semasa.Akan ada menu untuk pulangkan basikal. |
| 9. | Tekan pulangkan basikal dan ikuti langkah seterusnya. Basikal akan dilock semula. Tunggu suara basikal maklum lock berjaya. Alipay akan tolak kredit/bayar ikut penggunaan masa. |
Nota:
Anggaran kadar sewa dalam RMB3 untuk 15 minit.
Buka bluetooth untuk mempercepatkan proses lock dan unlock basikal.
Kalau tinggal lama, sewa sahaja basikal untuk sebulan. Murah, dalam RMB16 untuk tempoh 30 hari. Setiap kali guna, maksimum 150 minit adalah percuma. Kalau guna lebih baru dicaj.
PENGALAMAN BERBASIKAL DI SHENZHEN
Aku memang kaki basikal, kalau kat Malaysia memang selalu berbasikal pada hujung minggu. Jadi bila nampak basikal, aku teruskan aktiviti berbasikal aku kat sini. Cuma yalah tak boleh nak letak harapan tinggi, basikal ko sendiri selesa, ringan dan cukup aksesoriesnya. Di sini, sewa guna sahaja apa yang ada. Basikal di sini pakai tayar mati. Kalau dah tayar mati tu, terlonjat-loncatlah kalau langgar laluan tidak rata. Itu biasa. Tak silap sekitar 4 atau 5 kali juga sewa guna basikal sepanjang tinggal di Yuehai Subdistrict. Sebelum terlupa, basikal ada raga kat depan. bolehlah guna untuk gi kedai bawa barang dan sebagainya. Tapi hati-hati apabila lalu laluan tak rata, mau barang korang terloncat keluar.
(Menara tajam di bahagian atas dalam gambar).
![]() |
| Kawanku : Dr. Kimi dan Shah unlock basikal. |
![]() |
![]() |
| Menunggu lampu isyarat bagi pejalan kaki bertukar hijau untuk menyeberangi jalan raya. | Ronda-ronda sekitar Yuhaimei Street |
PENGALAMAN BERBASIKAL DI GUANGZHOU
Aku kat Guangzhou hanya enam (6) hari. Dan hanya sempat sekali sahaja gunakna basikal di sini. Itupun hanya sekitar 15 minit sahaja sebab nak balik hotel daripada Stesen Metro Sun Yat-Sen ke Hotel Double Tree by Hilton. Berbasikal kat sini tak macam Shenzhen, laluan di sini sempit nak agar sibuk. Kena hati-hati, sebab laluan kecil, kena berhemah dengan pejalan kaki dan juga pengguna skuter. Di Guangzhou, laluan pejalan kaki atau basikal tidak seperti di Shenzhen.![]() |
![]() |
| Basikal Hello Ride yang aku guna. | Aku dah Shah sewaktu kayuh basikal pulang ke hotel. |
Pengalaman Berbasikal di Xi`an
Xi`an adalah bandar lama, jadi kemudahan infrastruktur kat sini tak bolehlah nak bandingkan dengan Shenzhen yang merupakan bandar baharu. Kat sini kalau nak berbasikal, lorong basikal sangat sempit, tapi ada sebahagian jalan disediakan laluang basikal di atas jalan raya. Tapi jangan risau, antara laluan basikal dengan kereta ada pembahagi jalan. Tetapi tetapi kena hati hati sebaba ada juga kereta, skuter dan pejalan kaki gunakan laluan yang sama.![]() |
![]() |
![]() |
| Sebahagian laluan untuk berbasikal di Xi`an. | ||
Kereta juga ada parking kat tepi-tepi laluan ini. Berberapa kali juga bawa basikal di sini. Cuma ada satu pengalaman yang mana bila aku nak park basikal, aplikasi tak dapat kunci basikal tu. Pengalaman pertama. Untuk elak takut-takut terus dipotong baki duit, aku buat laporan melalui sistem juga. Lama juga duk dekat basikal sebab isu ini. Basikal di Xi`an tak seperti di Shenzhen atau Guangzhou, kat sini kuncinya lebih konvensional. Cara terakhir nak kunci, tolak kunci tu secara manual.
Berbasikal di atas tembok City Wall, Xi`an
![]() |
| Dari kiri: Aku, Shah dan Dr. Kimi di atas tembok City Wall bersama basikal sewa masing-masing. |
![]() |
| Basikal sewa aku guna jenama DKALN. |
Tiket masuk : CNY54 seorang.
Sewa basikal : CNY45 seorang. Deposit CNY100, tapi kami bertiga dikira RMB235.Baki deposit dikembalikan selepas basikal dipulangkan.
Kami guna Alipay untuk bayaran tiket dan sewa basikal.
![]() |
| CIty Wall sepanjang 14KM berbentuk segi empat tepat. Kami mula berbasikal pada dot hijau dan tamat dot hitam putih. Di tengah-tengah adalah pintu City Wall Selatan. |
Jarak tembok ini adalah sepanjang 14KM. Tembok ini mengelilingi bandar Xi`an dan berbentuk segi empat tepat.Daripada atas tembok ini boleh melihat panaroma moden di luar City Wall dan pemandangan bandar lama pada bahagian dalam City Wall. Antara yang banyak boleh dilihat adalah seni bina atap atau bumbung bangunan dalam City Wall yang mengekalkan ciri-ciri seni bina China. Sepanjang kayuhan memang kelihatan banyak pemandangan menarik di kedua-dua belah City Wall. Banyak juga tempat kami berhenti untuk bergambar selain beli air dan menggunakan tandas. Kami mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk mengelilingi tembok ini. Kami kembalikan basikal ini di tempat sewa basikal di sebelah kiri pintu Selatan. Untuk bayaran deposit sewa basikal ini telah menggunakan duit Dr. Kimi. Untuk catatan tempat menarik di City Wall juga boleh dibaca di sini.
Ke atas
















Ulasan
Catat Ulasan