Keretapi Laju China : Satu Pengalaman
![]() |
| Gambar kenangan keretapi laju China. |
27 September 2024 (Jumaat) - Aku telah berpeluang menikmati keseronokan menaiki keretapi laju bagi perjalanan dari bandar Xi`an di Wilayah Shaanxi ke bandar Nanjing di wilayah Jiangsu, China. Aku bertolak dari Stesen Keretapi Selatan Xi`an. Aku dapat tempat duduk bernombor 12C di gerabak nombor 2. Namun begitu, nombor 2 ini dikira daripada belakang. Yang bestanya, bila keretapi berhenti, sempatlah bergambar di hadapan kepala keretapi kerana berada lebih dekat berbanding gerabak yang di tengah. Perjalanan ini mengambil masa selama 5 jam 30 minit untuk tiba di stesen destinasi iaitu Stesen Keretapi Nanjing Selatan.
Walaupun laju, tapi tidak rasa bergegar dan selesa. Cuma bila berselisih dengan keretapi laju dari arah bertentangan, baru terasa gegar kerana tolakan angin. Sebab dua-dua arah pun laju, jadi masa berselisih pun sekitar 1 atau 2 saat sahaja. Namun begitu, keretapi ini bukanlah keretapi terlaju di China, ada yang lagi laju sehingga mencecah melebihi 600km/sejam.
Keretapi ini juga mempunyai pramugari/pramugara seperti dalam kapal terbang. Dalam perjalanan, aku dihidangkan dengan air botol jus oren dan biskut, cuma biskut ni aku tak makan sebab tak pasti status halalnya. Dalam perjalanan, keretapi aku naik ni berhenti di lima(5) stesen perhentian untuk menurun dan mengambil penumpang iaitu di stesen:
1. Luoyang
2. Zhenghou
3. Shangqiu
4. Xuzhoudong
5. Bengbunan
Semasa di stesen persinggahan, ada beberapa stesen yang aku turun sekejap untuk bergambar sebagai kenangan. Sepanjang perjalanan, dapat melihat panorama bandar dan desa termasuk ladang-ladang tumbuhan yang diusahakan oleh penduduk. Sungai dan bukit juga dapat dilihat sepanjang perjalanan.
| Waktu bertolak | : | 12:15 tengah hari |
| Waktu tiba | : | 5:45 petang |
| Nombor keretapi | : | G1926 |
| Harga tiket | : | CNY896.50 |
| Kelajuan maksimum | : | 308km/sejam |
Ke atas








Ulasan
Catat Ulasan