Kembara ke China : Sebuah Catatan dan Panduan
Kembara ke China : Sebuah Catatan dan Panduan
Panduan dan Tip di China
Halal | Senarai Aplikasi Berguna di China | Talian Internet dan VPN | Bayaran Tanpa Tunai | Aplikasi Translater |Siri Kembara ke China:
Shenzhen | Guangzhou | xi'an | Nanjing | Changzhou |"Belajarlah Hingga Ke Negeri China"...
Dulu beranggapan kenapa sampai ke negeri China untuk belajar adalah kerana jarak yang jauh dan menunjukkan pentingnya ilmu perlu dipelajari sehingga sejauh mana ilmu perlu cari, perlu timbanya. Tapi hari ini sebenarnya lebih jelas slogan yang telah diungkapkan 1,400 tahun lalu. Jika kita mengamati betul-betul negara China, kita dapat lihat perubahan ketara dan kemajuan yang dicapai negara ini walaupun suatu masa dulu negara ini tertinggal jauh dibelakang. Malah jika dibandingkan dengan Malaysia, China lebih ke belakang. Tapi kini, China boleh dikatakan menggungguli dunia hampir dalam semua perkara. Kalau disebut teknologi, lihat bagaimana jauh ke hadapan mereka hari ini. Daripada segi penyusunan bandar-bandar, lihat begitu strategik dan teraturnya negara China. Salah seorang warga China pernah membuat jenaka, katanya di barat baru fasa pembentangan cadangan produk dalam power point, tetapi China telah mengeluarkan produk yang sama. Menunjukkan begitu laju China menghasilkan sesuatu produk.
Kadar jenayah di negara China juga rendah. Ini menunjukkan polisi yang dibuat selari dengan penguatkuasaan yang dijalankan. Memang tidak dapat disangkal bahawa China memang menjadi salah satu lokasi penting untuk kita belajar dan lawati.
Aku sertakan beberapa panduan berdasarkan pengalaman aku ke China. Kalau nak baca pengalaman sepanjang berada di China, boleh klik senarai bandar-bandar yang telah aku lawati pada Siri Kembara ke China di atas.
HALAL
Tidak banyak restoran halal di China, tapi boleh dikatakan semua bandar yang aku lawati ada restoran halal, cuma memang kena cari. Untuk mencari restoran atau produk halal, sentiasa lihat kepada dua perkataan ini : 清真
Dalam pinyin disebut qingzhen bermaksud halal. sesetengah translater translate sebagai Musilin (Muslim). Ada juga restoran dan produk menggunakan huruf Arab : حلال dan ada juga yang menggunakan rumi 'Halal'. Jadi sentiasa lihat tanda dan huruf ini untuk mencari produk dan restoran halal.
![]() |
![]() |
![]() |
| Contoh penggunaan logo/teks Halal yang bertanda merah di restoran. Klik gambar untuk besarkan. | ||
Ke atas
SENARAI APLIKASI BERGUNA DI CHINA
Sebelum ke China, pastikan muat turun beberapa aplikasi wajib untuk memudahkan kembara di China.
1. Translater - Berfungsi untuk translate teks, image dan audio chinese kepada bahasa pilihan sendiri.
2. Touch n Go - Untuk kemudahan bayaran secara digital menggunakan matawang MYR tanpa perlu melakukan tukaran matawang CNY.
3. Alipay - Untuk kemudahan bayaran secara dalam talian menggunan matawang CNY.
4. Virtual Private Network (VPN) - Untuk akses kepada laman antarabangsa apabila menggunakan wifi dalam negara China. Wifi di China hanya boleh akses laman atau aplikasi dalam negara China sahaja.
Selain daripada aplikasi wajib, boleh juga muat turun beberapa aplikasi pilihan berikut:
5. Wechat - Untuk alternatif bayaran secara dalam talian dan menambah senarai kawan. Warga China menggunakan wechat untuk bertukar-tukar nombor perhubungan.
6. Taoboa - Aplikasi untuk pembelian secara dalam talian. Di Malaysia, ia ibarat seperti Shopee atau Lazada.
7. Screen Translater - Aplikasi ini untuk translate paparan aplikasi berbahasa Cina kepada bahasa yang dipilih. Sebagai contoh, aplikasi Taoboa dan Meituan adalah aplikasi berbahasa Cina, jadi paparan aplikasi boleh difahami dengan menggunakan screen translate.
Ke atas
TALIAN INTERNET DAN VPN
Internet di China boleh akses aplikasi dalam China sahaja. Nak google pun tak boleh. Jadi cara terbaik adalah guna nombor sendiri dan buat Roaming. Kalau nak guna wifi di China, boleh langgan VPN. Tapi jangan salah langgan, tak semua VPN boleh digunakan di China. Setakat aku cuba, ada satu sahaja VPN yang murah dan boleh digunakan dengan lancar di China iaitu Mullvad. Tak mahal, sekitar USD5 (atau RM25) sahaja sebulan. Takde pakej ikut hari, memang kena langgan minimum sebulan. Tak payah register butiran peribadi untuk langgan.
Berikut cara nak langgan dan guna VPN mullvad:
1. Download aplikasi mullvad daripada playstore atau apple store.
2. Lawati laman sesawang Mullvad.
3. Klik 'Get Startd' kat bahagian atas kanan laman.
4. Klik 'Generate account number'. Penting! simpan nombor akaun yang telah diberikan.
5. Klik 'Add time to you account dan ikut arahan seterusnya. 6. Pembayaran langganan boleh buat dengan beberapa cara. Pilih ikut keselesaan.
7. Setelah transaksi langgan berjaya, pergi ke applikasi yang telah dimuat turun di telefon pintar. 8. Masukkan nombor akaun dan selepas berjaya login, VPN telah boleh digunakan.
Berikut aku sertakan pula cara nak sambung langganan:
1. Lawati laman sesawang https://mullvad.net.
2. Klik 'Account' pada bahagian atas sebelah kanan.
3. Masukkan nombor account dan tekan login.
4. Ikut arahan seterusnya dan buat pembayaran.
Selain daripada mullvad, ada juga VPN lain yang digunakan oleh rakyat China sendiri. Tapi lebih mahal, iaitu Astrill. Melainkan kalau duduk di China minimum 2 tahun, Astrill boleh dipertimbangkan kerana stabil dan pakej 2 tahun menjadi ia berbaloi dilanggan. Kalau nak baca lanjut VPN astrill ni, boleh lawati laman sesawang Astrill.
Ke atas
BAYARAN TANPA TUNAI
Ada orang China cakap, mereka pun dah lupa bila kali terakhir guna tunai. Ya, China melakukan transaksi tanpa tunai. Tapi tunai masih boleh digunakan. Jadi bawalah tunai untuk kecemasan sahaja seperti semasa talian internet slow atau tak boleh guna. Lain-lain, gunakanlah pembayaran tanpa tunai. Install aplikasi Alipay dan Wechat sebelum merantau ke China. Touch n Go juga boleh digunakan di China tetapi tak semua kedai. Jadi nak melancarkan pembayaran, install ketiga-tiga aplikasi ini.
Touch n Go - Tak perlu tukar mata wang, guna sahaja duit RM, nanti akan ditukarkan ke matawang CNY secara automatik. Kadar tukaran mengikut kadar tukaran semasa. Touch n Go hanya boleh digunakan di kedai-kedai yang mana kaunternya menyediakan mesin pengimbas QR atau bar code. Kebanyakkan pasaraya dan kedai-kedai besar ada mesin pengimbas bayaran cara ini. Berikut cara guna Touch n Go untuk pembayaran:
1. Pastikan e-wallet Touch n Go ada duit (dalam RM).
2. Buka aplikasi Touch n Go.
3. Klik pada menu 'Pay'.
4. Swipe skrin daripada bawah ke atas untuk buka 'Pay via Alipay'.
5. Tunjukkan QR atau barcode kepada petugas kaunter. Nanti petugas kaunter akan scan.
6. Setelah transaksi berjaya, akan dapat notis pada Touch n Go jumlah e-wallet ditolak.
Alipay - Ada dua cara guna Alipay. Satu melalui kad kredit, dan satu lagi menggunakan baki akaun e-wallet Alipay.
Cara setting kad kredit:
1. Buka aplikasi Alipay.
2. Klik menu 'Account' pada bahagian bawah kanan.
3. Klik menu 'Bank Cards'. dan ikut arahan selanjutnya.
Untuk menggunakan kaedah kedua iaitu e-wallet Alipay, perlu ada akaun bank di China. Aku takde akaun di China, tapi ada kawan yang ada akaun bank di China. Jadi aku tambah nilai e-wallet Alipay melalui kawan.
Sebelum guna Alipay, setkan keutamaan pilihan pembayaran dahulu. Berikut caranya:
1. Buka aplikasi Alipay.
2. Klik menu 'Account' pada bahagian bawah kanan.
3. Klik icon setting pada bahagian atas kanan (icon gear).
4. Klik 'Payment Setting'.
5. Klik 'Payment Priority Order'.
6. Pastikan 'Custom payment priorities' telah diset on.
7. Kemudian lihat 'By list order' dan susun keutamaan bayaran yang dipilih sama ada guna kad kredit atau balance daripada e-wallet Alipay.
Terdapat dua (2) cara guna Alipay untuk pembayaran.Kalau kedai tidak menyediakan mesin pengimbas QR atau barcode, kedai tersebut akan sediakan QR code untuk pembeli imbas. Untuk cara ini, berikut adalah cara guna Alipay:
1. Buka aplikasi Alipay.
2. Klik menu 'Scan' dan imbas QR code.
3. Masukkan nilai bayaran dan tekan 'enter'.
4. Masukkan pin number Alipay dan tekan 'enter' atau 'proceed'. Proses bayaran selesai.
Kalau kedai menyediakan mesin pengimbas, berikut cara guna Alipay:
1. Buka aplikasi Alipay.
2. Klik menu 'Pay/Receive'.
3. Scan QR code di mesin pengimbas disediakan oleh kaunter bayaran. Bayaran selesai.
Ke atas
APLIKASI TRANSLATOR
Rakyat China yang boleh berbahasa English sangat sedikit. Walaupun english mudah, tetap ramai juga tidak pandai. Tapi ada juga yang sangat fasih berbahasa Inggeris. Jadi translatoer ni penting untuk berkomunikasi di kedai-kedai dan sebagainya. Selain itu, banyak juga pusat pelancongan yang saya pergi tidak menyediakan maklumat versi English, jadi kena scan dan translate sendiri. Pastikan muat turun aplikasi translater bagi memudahkan kembara di China.
Microsoft Translator daripada Microsoft Coorperation. Boleh muat turun secara percuma di Playstore. Boleh translate dalam bentuk teks dan juga suara.
Google Translate daripada Google LLC. Translator ni pun boleh digunakan secara percuma. Kalau taknak muat turun daripada playstore, boleh pakai terus daripada web browser di https://translate.google.com.my
Screen Translate daripada Yurou Network - Aplikasi ni boleh muat turun daripada Playstore. Aplikasi ni penting kalau guna aplikasi macam Tabao, Pin Duo Duo dan lain-lain. Aplikasi-aplikasi ini hanya dalam bahasa cina sahaja. Jadi Screen Translator ni penting untuk faham apa yang ditulis pada aplikasi tersebut. Dah banyak cuba aplikasi screen translator, tapi yang terbaik dan percuma adalah daripada Yurou Network. Walau bagaimananapun setiap 20 kali penggunaan, perlu lihat video iklan untuk meneruskan penggunaan secara percuma. Kalau tak sabar tunggu 30 saat, boleh langgan secara berbayar.
Muat turun screen translate
Ke atas



Ulasan
Catat Ulasan