Kembara Nanjing, China
Panduan dan Tip | Shenzhen | Guangzhou | Xi`an | Changzhou | Shanghai | Nanjing
![]() |
| Lele Street, Nanjing. |
Nanjing merupakan bandar yang terletak dalam wilayah Jiangsu. Ia terletak di bahagian Timur China sesuai dengan namanya. 'Nan' bermaksud Timur sementara 'Jing' bermaksud bandar, maka Nanjing bermaksud bandar timur.
Aku pertama kali sampai di Nanjing pada 27 September 2024, pukul 5.45 petang. Datang ke sini menggunakan keretapi laju dari Xi`an. Pengalaman aku berkeretapi laju ni boleh baca di sini
HOTEL
Aku disediakan penginapan di Hotel ZTE Nanjing dan duduk di bilik 9516 di tingkat lima (5). Hotel ini tak tinggi, cuma ada enam (6) tingkat sahaja. Daripada bilik ini boleh melihat pemandangan bangunan-bangunan di sekitar hotel. Metro stesen terdekat dengan hotel ini ialah Huashenmeow, lebih kurang 1km daripada hotel. Di sekitar hotel ini ada taman, sesuai untuk berjoging dan ada padang bola sepak. Kalau berjalan area taman hotel ini, bolehlah dapat sekitar 5,000 langkah.
Selain itu, kalau nak membeli barang, ada pasaraya kecil terdekat sekitar 1km daripada hotel. Aku biasa ke pasaraya ini dengan menggunakan basikal Helloride yang bewarna biru. Aku dah langgan basikal ini untuk sebulan dengan bayaran CNY14. Jadi pakai sahaja basikal selagi boleh kalau nak ke mana-mana. Lagipun depan hotel ZTE ini memang ada parking basikal disediakan dan banyak basikal tersedia. Jadi mudah kalau nak berbasikal ke mana-mana.
![]() |
![]() |
| Hotel ZTE Nanjing. | Bergambar di bahagian luar cafe Hotel ZTE Nanjing. |
Ke atas
MASJID
Sepanjang di Nanjing, pernah solat di dua (2) masjid sekitar Nanjing.
1. Masjid Jalan Taiping, Nanjing - Masjid ini merupakan masjid pertama aku kunjungi semasa di Nanjing iaitu pada 29 September 2024. Aku solat Zohor di sini bersama kawan-kawan. Aku singgah di solat di sini sekitar pukul 12.20 tengah hari selepas pulang daripada melancong di kawasan Conficious Templer yang terletak di Dongpa 1 Lou.
Selain itu, aku juga solat Jumaat di sini dan pertama kali solat Jumaat di sini pada 4 Oktober 20214. Koordinat Google Map : 32.0316610, 118.7726280
![]() | |
| Bangunan Masjid Jalan Taping, Nanjing | |
![]() |
![]() |
| Pagar masuk ke Masjid Jalan Taiping. | Gambar kenang-kenangan dihadapan pintu pagar masjid selepas selesai solat Zohor. |
2. The New Ji Zhao Ying Masjid, Nanjing - Masjid ini merupakan masjid kedua aku kunjungi semasa di Nanjing iaitu pada 14 Oktober 2024. Singgah kat sini untuk solat Zohor dan makan tengah hari di restoran halal berdekatan dengan masjid. Masjid ini terletak di Shuyuan Rd. Koordinat Google Map : 32.0541990, 118.7801580
![]() |
![]() |
| Pintu masuk The New Ji Zhao Ying Masjid. | Ruang solat lelaki di aras dua (2) |
Ke atas
RESTORAN DAN PRODUK HALAL
Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai restoran dan menjual produk halal yang pernah aku lawati:
1. Restoran Lanzhou yang berada sekitar 2km daripada hotel yang aku menginap merupakan restoran halal pertama yang aku pergi semenjak sampai di Nanjing. Ia terletak di jalan Huashen Blvd. Kat sini aku makan mee tomata dan telur (Jidan he fanqie mian). Harga mee ni CNY18. Koordinat Google Map : 31.9834020, 118.7732230
![]() |
![]() |
| Ruang dalam restoran Lanzhou pertama aku kunjungi untuk makan malam. |
Restoran Lanzahou kedua aku kunjungi untuk makan tengah hari. |
2. Seterusnya aku mengunjungi restoran Lanzhou yang kedua bagi menikmati makan tengah hari. Restoran kali ini berada sekitar 2km daripada hotel aku menginap dan terletak berdekatan dengan Huashen Miao Shu Niu. Restoran ini berada di tengah-tengah bangunan pejabat, tidak kelihatan daripada tepi jalan. Kat restoran ini aku makan nasi putih berlauk ayam (Jirou pai mi). Koordinat Google Map : 31.9689420, 118.7839500
Ke atas
DESTINASI TARIKAN
RSun Plaza | Yangtze River Bridge Park
Sepanjang berada di Nanjing, berkesempatan melawat ke beberapa destinasi menarik:
Confucious Templer
Confucious Templer atau Fuzimiao terletak di Qinhuai District di Selatan Bandar Nanjing. Di sini, pelancong boleh melihat pelbagai keunikan senibina bangunan China, kebudayaan dan pelbagai cenderamata menarik berkaitan Nanjing.
![]() |
![]() |
| Di hadapan pintu gerbang utama masuk ke ke kawasan ini. | |
Selain melihat pelbagai keunikan di sekitarnya, boleh juga menyusuri sungai Qinhuai melalui river cruise. Sepanjang sungai boleh melihat pelabagai panoroma warisan China dan juga keunikan seni bina bangunan. Kalau faham bahasa mandarin, boleh mendengar taklimat yang dipasang sepanjang dalam bot.
| Harga tiket | : | CNY100.00 seorang |
| Jangka masa | : | 40 minit |
| Anggaran kapasiti bot | : | Sekitar 20 orang |
Aku datang ke sini dengan bas pelancong yang telah diuruskan oleh Urus Setia. Boleh juga datang menggunakan Metro Line 3, berhenti di stesen Fuzimiao dan keluar ikut pintu 2. Koordinat Google Map : 32.0218880, 118.7843850
![]() |
![]() |
![]() |
| Sekitar Confucious Templer. | ||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Sekitar Sungai Qinhuai | ||
| Qinhuai River Cruise |
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Muzium Nanjing
Muzium Nanjing merupakan sebahagian destinasi yang dikunjungi ramai. Semasa aku pergi ke sida pada hari Sabut, 28 September 2024, memang ramai orang. Tiket masuk ke muzium berharga CNY20 dan terletak tidak jauh daripada stesen Metro Ming Gu Gong, sekitar 100 meter. Kalau nak kesini, ambil Metro Line 2. Keluar daripada stesen Metro Ming Gu Gong ini, berjalan ke arah kanan dan muzium berada di sebelah kiri. Koordinat Google Map : 32.0430600, 118.8199920
![]() |
![]() |
| Muzium Nanjing | Dari kiri: Shah,aku dan Dr. Kimi |
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Lele Street
Lele Street ni banyak tempat makan-makan, tapi setakat aku ronda, tak jumpa kedai halal. Selain restoran, ada juga street food macam ala-ala pasar sepanjang 100 meter lebih kurang. Selain jualan makanan yang pelbagai, ada juga jualan cenderamata.
Yang menarik di sini adalah hiasan lampu-lampu pada bangunan menampakkan kawasan ini sangat cantik pada masa lapang. Aku ke sini berbasikal daripada hotel. Tak rancang pun ke sini, ronda-ronda sampai ke sini. Selain banyak kedai makan, ada juga kompleks pasaraya berdekatan iaitu Hima Center.
Lele Street terletak di pusat perniagaan Nanjing dan berdekatan dengan Stesen Keretapi Nanjing Selatan. Koordinat Google Map : 31.9679790, 118.7993240
![]() |
![]() | ||||
| Bangunan-bangunan di sekitar Lele Street. | |||||
![]() |
![]() |
![]() | |||
| Bangunan di sekitar Lele Street. | Aku dan Shah berbasikal ke Lele Street. |
Kompleks Hima Center yang ada di Lele Street. | |||
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Jingtianlu
Jingtianglu ni bukanlah salah satu destinasi yang tersenarai dalam destinasi tarikan pelancong. Cuma aku senarai juga kat sini sebab ini antara tempat yang aku lawati. Semasa ke sini, aku bukan nak ke tempat menarik di sini, tetapi aku sekadar naik Metro dan berhenti di stesen terakhir iaitu Jingtiannlu. Semasa di sini, tiada kawasan yang menarik, cuma aku berkesempatan ke kompleks pasaraya yang dikenali sebagai Wanda Plaza yang ada sekitar 1km daripada stesen Metro Jingtianlu.
Aku berempat ke sini iaitu aku, Dr. Kimi, Shah dan Elan. Kami berempat kayuh basikal daripada stesen Metro ke kompleks tersebut. Kompleks ini besar juga, dan banyak kedai-kedai makan terletak di bahagian belakagn kompleks ini. Selain itu banyak juga kedai-kedai lain di bahagian belakang. Kalau nak cuba memandu Go-Kart, litarnya ada di sebelah kanan kompleks, cuma tak besar. Harga pula adalah CNY80 untuk 15 pusingan. Jarak pusing tak panjang, sekitar 50 meter sahaja.
Aku perasan ada tiga (3) restoran halal di bahagian belakang kompleks ini. Semasa ini disini, kami menggunakan ruang lift berhampiran tandas pada aras G untuk solat zohor. Usai solat, kami makan di salah satu restoran halal di bahagian belakang kompleks. Koordinat Google Map Wanda Plaza : 32.1231910, 118.9857250
![]() |
![]() |
| Wanda Plaza | Litar mini Go-Kart. |
![]() |
![]() |
| Restoran halal tempat kami makan tengah hari. |
Kawasan di belakang Wanda Plaza. |
Ke senarai Destinasi Tarikan.
Ke atas
































Ulasan
Catat Ulasan