Pendakian Puncak Tertinggi Shenzhen, China - Wutong
![]() |
| Panorama Shenzhen daripada Great Wutong. |
Gunung Wutong, terletak di Futian District, Shenzhen, China, merupakan puncak tertinggi di Shenzhen. Untuk sampai ke sini, boleh menggunakan Metro Line 8 dan berhenti di stesen Wutong Mountain South. Dari stesen ini, hanya 2 atau 3 minit sahaja berjalan ke kaki gunung. Ada pintu gerbang tempat mula pendakian. Menggunakan laluan ini, pendaki perlu mendaki ke Small Wutong dahulu sebelum ke Great Wutong, iaitu puncak tertinggi di Shenzhen. Pendaki juga boleh menggunalan alternatif lain dengan berjalan terus ke tapak mula pendakian Great Wutong tanpa melalui Small Wutong. Ketinggian Great Wutong adalah 973 meter.
Seterusnyakami sambung ke Great Wutong daripada sini. Lebih kurang dua (2) jam baru kami tiba di puncak Great Wutong. Sepanjang pendakian, terdapat dua (2) puncak perlu dilalui sebelum sampai ke puncak Great Wutong.
Jangan risau kalau haus, sepanjang perjalan ada orang jual makanan dan air botol. Malah mesin air pun ada. Air mineral sudah tentulah ada. Cukup bawa satu botol sahaja kalau tidak mahu terasa berat. Namun disebabkan kami tiada pengalaman, kami bawa tiga (3) botol air seorang. Ya, bebanlah sikit kerana kami juga bawa makanan ringan lain sebagai bekalan. Sebaiknya, bawa tongkat untuk mendaki sebab pendakian seolah-olah macam panjat dinding. Boleh dikatakan sekitar 75 darjah sudut tangganya naik ke atas. Memang curam weh... "naik tangga, tangga depan mata".
Pendakian kami mengambil masa sekitar 6 jam lebih. Kalau laju boleh buat dalam 5 jam sahaja. Biasalah kami kali pertama, tentulah banyak berhenti bergambar. Boleh nampak Shenzhen Westport pastu bangunan-bangunan sekitar Shenzhen, nampak laut, nampak gunung-gunung lain, nampak jalan raya dan macam-macam lagilah. Banyak disediakan tempat berehat sepanjang pendakian. Lawa-lawa panorama yang ada dari atas gunung ini. Sudah tentulah diabadikan. Kejap gambar, kejap video, biasalah kan.
Semasa mendaki daripada Small Wutong, gunung berkabus dan tidak nampak puncak Great Wutong. Tapi kabus beransur hilang sekitar 11 pagi lebih kurang dan semasa pendakian ke Great Wutong daripada Small Wutong, memang boleh nampka jelas puncaknya. Daripada Small Wutong, akan nampak satu puncak lagi sebelum Great Wutong. Daripada Small Wutong ke Great Wutong adalah berjarak 2km. Kami tiba di puncak sekitar 12 tengah hari. Semasa kami sampai, ada orang buat persembahan nyanyian. Dasyat, siap ada kelengkapan speaker, mikrofon bagai. Penat-penat, lepastu dihiburkan dengan nyanyian. Walaupun tak faham, tapi oklah jadi halwa telinga. Ramai orang semasa kami tiba di puncak. Macam ada pesta pula rasanya.
Kami rehat, bergambar, makan dan dalam pukul 2 petang, kami beransur turun. Kat puncak ada orang menjual medal finisher berharga RMB30. Kat sini orang tak pakai cash, pakai e-wallet Alipay kalau nak beli. Sebagai cenderamata, setiap daripada kami membelinya. Bolehlah gantung kat dinding atau letak dalam kabinet. Adalah juga kenangan yang boleh dilihat, kan...
Kami turun sampai ke base Great Wutong. Dari sini kami berjalan kaki menggunakan jalan tar turun ke Small Wutong/Menara Stesen Televisyen. Kemudian sambung turun lagi mengikut jalan kami naik sehingga sampai ke kaki gunung di Stesen Metro Wutong Mountain South.
Sebelum terlupa, kalau nak mendaki, bawalah bersama tuala kecil untuk lap peluh. Basah kuyup dibuatnya sebab hampir 80% laluan pendakian, tiada angin. Haba yang buat berpeluh bagai orang mandi. Kalau gunakan Metro, bawalah baju gantian sehelai, nanti balik takdelah bau masyaaamm. Hehehe.
Tonton Tiktok rangkuman pendakian Wutong Mountain disediakan oleh Shah.
Lihat juga catatan pendakian bukit Meisha Jian di Shenzhen.
Kami Penakluk Puncak Shenzhen!
Pada 10 Ogos 2024, pada pukul 6.30 pagi, kami bertiga termasuk Dr. Kimi dan Shah mulakan pendakian daripada Stesen Wutong Mountain South. Selepas pintu gerbang tempat mula, terdapat tiga (3) cabang. Kami mengambil laluan kanan dan mula mendaki menggunakan tangga ke Small Wutong. Pendakian kami mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke Small Wutong. Di sini, terdapat Stesen Pemancar Televisyen.Seterusnyakami sambung ke Great Wutong daripada sini. Lebih kurang dua (2) jam baru kami tiba di puncak Great Wutong. Sepanjang pendakian, terdapat dua (2) puncak perlu dilalui sebelum sampai ke puncak Great Wutong.
![]() |
| Bergambar di hadapan Pintu Gerbang Wutong Mountain South |
Pendakian kami mengambil masa sekitar 6 jam lebih. Kalau laju boleh buat dalam 5 jam sahaja. Biasalah kami kali pertama, tentulah banyak berhenti bergambar. Boleh nampak Shenzhen Westport pastu bangunan-bangunan sekitar Shenzhen, nampak laut, nampak gunung-gunung lain, nampak jalan raya dan macam-macam lagilah. Banyak disediakan tempat berehat sepanjang pendakian. Lawa-lawa panorama yang ada dari atas gunung ini. Sudah tentulah diabadikan. Kejap gambar, kejap video, biasalah kan.
|
![]() |
| Rehat jap kat tangga. Orang cakap, takkan lari puncak didaki. |
Di hadapan menara pemancar tv. Dari kiri : Wan, Shah dan Dr.Kimi. |
Semasa mendaki daripada Small Wutong, gunung berkabus dan tidak nampak puncak Great Wutong. Tapi kabus beransur hilang sekitar 11 pagi lebih kurang dan semasa pendakian ke Great Wutong daripada Small Wutong, memang boleh nampka jelas puncaknya. Daripada Small Wutong, akan nampak satu puncak lagi sebelum Great Wutong. Daripada Small Wutong ke Great Wutong adalah berjarak 2km. Kami tiba di puncak sekitar 12 tengah hari. Semasa kami sampai, ada orang buat persembahan nyanyian. Dasyat, siap ada kelengkapan speaker, mikrofon bagai. Penat-penat, lepastu dihiburkan dengan nyanyian. Walaupun tak faham, tapi oklah jadi halwa telinga. Ramai orang semasa kami tiba di puncak. Macam ada pesta pula rasanya.
![]() |
| Medal Finisher berharga RMB30. |
Kami turun sampai ke base Great Wutong. Dari sini kami berjalan kaki menggunakan jalan tar turun ke Small Wutong/Menara Stesen Televisyen. Kemudian sambung turun lagi mengikut jalan kami naik sehingga sampai ke kaki gunung di Stesen Metro Wutong Mountain South.
Sebelum terlupa, kalau nak mendaki, bawalah bersama tuala kecil untuk lap peluh. Basah kuyup dibuatnya sebab hampir 80% laluan pendakian, tiada angin. Haba yang buat berpeluh bagai orang mandi. Kalau gunakan Metro, bawalah baju gantian sehelai, nanti balik takdelah bau masyaaamm. Hehehe.
|
|
![]() |
| Dr. Kimi dan Shah berlatar belakangkan puncak Great Wutong yang dilitupi kabus. | Menara TV kelihatan jauh di puncak Small Wutong di bahagian belakang. Kami perlu melaluinya untuk ke Great Wutong. |
|
![]() |
| Puncak bukit di bahagian belakang tangga merupakan puncak kedua perlu dilalui sebelum sampai ke puncak Great Wutong. |
Sebahagian tangga perlu didaki. Kami namakan tangga penyesalan,hehehe... |
![]() |
| Base untuk ke Greaat Wutong. |
![]() |
| Panorama di bawah Great Wutong. |
![]() |
| Puncak Small Wutong. Di sini ada kedai runcit dan Menara Pemancar Televisyen Shenzhen. |
![]() |
| Sebahagian panorama daripada puncak Great Wutong |
![]() |
| Kenangan di puncak Great Wutong, puncak tertinggi di Shenzhen. Dari kiri: Dr. Kimi, Shah dan Wan Miesham. |
Tonton Tiktok rangkuman pendakian Wutong Mountain disediakan oleh Shah.
Lihat juga catatan pendakian bukit Meisha Jian di Shenzhen.











Ulasan
Catat Ulasan