Lawatan Industri ke Longi Solar Technology Co. Ltd

Longi Solar Technology Co. Ltd. yang terletak di Xi`an merupakan syarikat yang menghasilkan panel solar terkemuka di China. Di sini, ia menghasilkan sekitar 1,500 panel solar sehari dan satu panel solar mengambil masa sekitar 14 jam bermula proses awal sehingga akhir. Lawatan ke sini memberi peluang untuk mendengar dan melihat sendiri bagaimana proses panel solar dihasilkan.

Terdapat dua (2) sumber bagi menghasilkan panel solar iaitu Silicon crystal dan thin film. Daripada kedua-dua sumber ini dihasilkan beberapa jenis panel solar yang mempunyai ciri penyerapan cahaya yang berbeza. Teknologi penyerapan cahaya matahari ini penting bagi memastikan panel solar ini dapat menukarkan cahaya tadi kepada elektrik. Walaupun melihat proses penghasilan panel daripada luar dinding cermin sahaja kerana faktor keselamatan, namun dapat dilihat bagaimana kilang ini menghasilkan product menggunakan robot, sama ada arm robot atau robot pengangkut. Sebahagian proses penghasilan product mencapai sehingga 800 darjah celcius. Hampir keseluruhan proses penghasilan panel solar dilakukan secara automasi. Di sini juga banyak dapat dilihat robot pengangkut digunakan bagi mengangkut produk dari satu stesen ke stesen seterusnya. Kilang ini mempunyai enam (6) production line (sebelum ini menggunakan lapan (8) production line), setiap daripadanya menggunakan 15 orang pekerja setiap shif. Melihat proses penghasilan panel solar ini sambil mendengar penerangan daripada pegawai syarikat mengambil masa sekitar 40 minit.

Syarikat ini mempunyai sekitar 1,500 pekerja dan mempunyai beberapa cawangan yang mempunyai fokus berbeza-beza. Gambar-gambar penggunaan robot dan proses penghasilan panel solar tidak dapat dikongsikan kerana atas faktor keselamatan, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk.

Syarikat Longi Solar Technology Co. Ltd., Xi`an. Kumpulan lawatan sedang menerima penerangan
mengenai penghasilan panel solar daripada
pegawai syarikat.

Longi Green Energy Exibition Hall

Kami berpeluang ke Longi Green Energy Exhibition Hall di Xi`an. Di sini, kami diberi penerangan mengenai sejarah tenaga dan teknologi digunakan dalam teknologi menghasilkan solar panel. Jika di sebelah pagi kami melihat proses penghasilan panel solar dari jauh, tapi di pusat pameran ini kami dapat melihat dengan lebih dekat panel solar yang dihasilkan dan sebahagiannya dapat disentuh. Lawatan ke pusat pameran ini mengambil masa sekitar 1 jam. Kedua pusat lawatan ini diadakan pada 5 September 2024.

Pameran dan penerangan oleh pegawai Longi
Green Energy Exhibition Hall.
Sebahagian dewan pameran Longi Green Energy Exhibition Hall.
Bahagian permulaan dewan pameran Longi
Green Energy Exhibition Hall.
Penerangan oleh pegawai Longi Green Energy
Exhibition Hall.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara ke China : Sebuah Catatan dan Panduan

Kembara Changzhou, China

Kembara Xi'an, China